Friday 10 June 2016

Tips Kurangkan Makan dan Berbelanja Semasa Berpuasa

Assalamualaikum semua..

Time2 bulan puasa nikan..Faham2 jerlah rasa mcm nak makan semua benda kan.. Lagi2 plak bila kita pergi ke bazaar Ramadhan dan temui pelbagai juadah berbuka puasa yg x tahan iman mmg semua dibeli la kan..

Tapi sebenarnya semasa berbuka, ramai daripada kita  x boleh nak makan banyak pun.. Lagi2 plak bila kita dah minum air dengan banyak sebelum tukan..Inilah yg jadi pembaziran bila banyak makanan terpaksa dibuang sebab x boleh nak dihabiskan..

Emy dan keluarga dah lama sebenarnya x beli di bazaar Ramadhan..sebabnya Emy dah banyak jugalah pengalaman pahit membeli di bazaar Ramadhan. Contoh: makanan x berkualiti dan tidak sihat. Harga mahal plak tu.. Hari tu emy beli dapat karipap oxygen. Karipap sebesar karipap tapi inti langsung x der..:'(( Jadi emy dan keluarga decide yg memasak di rumah lebih sihat dan lebih jimat pun daripada beli kat luar tu..Ni tips emy utk tidak makan dan berbelanja lebih semasa bulan Ramadhan.

1) Setkan target apa yg nak dibeli.

Anda kenalah set target dulu sebelum anda pergi Bazaar Ramadhan nak beli apa. Jika anda dah set goal anda nak 2 jenis kuih, beli 2 jenis kuih shj dan jangan beli lebih. Jadi anda x derlah terbeli lebih daripada yg anda perlukan. 

2) Sentiasa bawa duit yg cukup2 shj semasa anda nak pergi membeli juadah tu. 

Jika target anda nak belanja RM20, pastikan anda ikut target anda tu. Jangan lebih2 pula. Kalau terlebih bajet sikit2 tu x perlah tapi kalau dah lari RM 50 tu, anda kena check balik apa yg anda beli sampai terlajak tu.

3) Pastikan tidak pergi membeli sampai satu keluarga ikut sekali. 

Paham2lah jika satu keluarga ikut, semua ada pilihan dan kesukaan masing2 nak makan apa. Sekejap lagi si anak nak ini, ayah nak itu, adik nak ini. Better beberapa org shj yg pergi membeli dan x perlu ramai2. 

4) Semasa berbuka, makan kurma, buah2an dan minum air  terlebih dahulu. 

Jika anda buat yg ini, anda mesti perasan yg anda akan cepat kenyang dan tidak akan makan terlalu banyak semasa berbuka puasa. Lagipun makan kurma dan buah2an dahulu tukan sunnah, mesti ada hikmah yg tersirat kenapa Nabi kita buat mcm tukan..:) Bila perut x terlalu kenyang, nak solat Maghrib dan tarawih pun lebih mudah. 

5) Masak hidangan yg mencukupi shj utk seisi keluarga anda. 

Jika anda jenis yg suka memasak, pastikan anda tidak terlebih masak utk hidangan berbuka dan bersahur. Jika ad lebihan makanan, jangan buang dan simpan utk bersahur pulak. X perlu masak yg baru lagi. 

6) Berbuka dan bersahur di surau atau masjid 

Ni emy selalu buat di Putrajaya. Saya akn berbuka di Masjid Putrajaya kerana pada bulan Ramadhan terdapat banyak makanan yg disediakan oleh AJK Masjid. Jadi saya hanya akn beli sedikit makanan utk diri saya di bazaar dan selebihnya saya akan makan di Masjid shj. Disamping tu, dapat kejar pahala tarawih berjemaah di Masjid. 

7) Berkongsi dan bertukar juadah 

Jika anda duduk dengan rumah mcm rumah bujang dengan ramai org lain, perkara ni boleh dipraktikkan. Kita boleh berjimat dengan berkongsi juadah makanan yg berbeza dengan housemate.:) Boleh juga buat dengan jiran2 terdekat.


8) Berilah makanan anda kepada yg memerlukan jika anda tidak mampu nak habiskan 
Jika anda tahu anda ad makanan yg lebih, jangan takut2 utk bersedekah kepada org yg lebih memerlukannya ok.Lagipun apa salahnya, kita buat pahala pada bulan2 penuh barakah nikan. Sebelum nak buang makanan tu, fikirlah yg ramai lagi yg tidak sebertuah anda dpt makan sedap2.






Bagi anda yg terlebih makan selalu semasa bulan Ramadhan dan memerlukan extra help utk mengurangkan efek tadi, jom try dua AGEN BAKAR/ FAT BURNER dari Shaklee ni iaitu LECITHIN (on promo) dan OMEGAGUARD aka pakguard kolesterol shaklee..





 Berminat dengan AGEN BAKAR Shaklee ini? Jom wassap saya utk konsultasi PERCUMA 

017-8421998 (WA)
Emy, Your Friendly Shaklee Distributor 

atau 

anda boleh terus membuat pembelian secara online di bawah.:)


No comments:

Post a Comment