Thursday 23 June 2016

Diabetes Boleh Sebabkan Buah Pinggang Rosak!

Assalamualaikum semua..


Dlm entry yg sebelum ni kita dah berckp mengenai diabetes dan bagaimana diabetes boleh mengakibatkan sakit jantung. Hari ni kita nak berckp sedikit mengenai diabetes dan bagaimana ia juga boleh merosakkan buah pinggang. Penyakit diabetes yg berkaitan dengan buah pingang dikenali sebagai nefropati diabetes. Dikatakan 55 % daripada kegagalan buah pinggang peringkat lanjut adalah kerana diabetes dan jika tidak dikesan awal dan dirawat ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi ginjal serta kematian. Kegagalan buah pinggang atau ginjal merupakan peringkat akhir penyakit buah pinggang kronik (CKD), satu masalah serius dengan ginjal tidak lagi mampu melupuskan sisa perkumuhan daripada tubuh.


Sebelum tu, jom kita belajar sedikit mengenai buah pinggang kita dan bagaimana ia membantu kita setiap hari. Buah pinggang kita ni ada berapa yer? Ada dua shj sayang dan kalau rosak ni x dapat dah jadi kita kenala jaga buah pinggang kita dengan baik dari sekarang. Betul x?


Nephron adlh penting bagi membantu menapis sisa2 kumuhan 


Di dalam buah pinggang kita ni ad unit2 kecil yg dinamakan nephron yg bertindak seperti penapis yg akan menapis darah kita dan akan mengeluarkan bahan buangan yg kemudian akan dikeluarkan melalui urin atau air kencing. Satu ginjal kita mengandungi 1.2 juta nephron jadi kalau dua2 ginjal semestinya ad 2.4 juta nephron. Banyak kan?  Namun, apabila usia kita meningkat, nephron juga akan mengecut dan lebih sukar utk berfungsi dgn baik. Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, tu yg kita akan dapati lebihan albumin atau protein serta sisa perkumuhan yg tidak dapat ditapis di dlm urin, misalnya. 

Apa yg boleh kita buat? 


1. Pengesanan awal penyakit diabetes 

Ini adlh penting (walaupun diabetes Jenis 2 lebih sukar dikesan), di mana ia akn dpt melewatkan perkembangan penyakit buah pinggang. Pesakit selalunya akan melalui proses dialisis kerana nak dapatkan penderma buah pinggang bukan senang. Tapi  jangan x tahu, kos dialisis ni adlh sgt2 mahal jadi bagi kita yg masih sihat, jomlah jaga buah pinggang kita dengan lebih baik kerana ia tidak dapat ditukar ganti. 

2. Jalani ujian saringan berkaitan air kencing dan darah 

3. Kawal tekanan darah dan paras gula di dlm darah 

Antara 2 punca penyakit buah pinggang yg paling tinggi adlh diabetes dan tekanan darah tinggi. Glukosa yg berlebihan di dlm darah akan memusnahkan unit penapis yg kecil2 tadi bernama nephron di dlm setiap ginjal.  20-30% mereka yg menghadapi diabetes akn menghidapi sakit buah pingang (diabetic nephropathy) di mana risiko akn meningkat lebih lama seseorng menghidapi diabetes. 

Tekanan darah yg tinggi juga akn memusnahkan salur2 darah di dlm ginjal, yg seterusnya akan menyebabkan sisa perkumuhan tidak dapat ditapis. Jadi, jom jaga paras gula di dlm darah  dan tekanan darah kita.

4. Amalkan diet yg seimbang dan gaya hidup yg lebih sihat

Amalkan diet yg lebih sayur-sayuran serta buah-buahan dan kurangkan makanan yg diproses serta makanan berminyak. Ambil makanan yg tinggi dengan oxalate seperti peanut, chocolate serta kentang manis di dlm kuantiti yg sederhana kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Pastikan juga anda melakukan senaman dan mengamalkan gaya hidup yg lebih sihat.



5. Kurangkan pengambilan daging 

Daging mengandungi asid urik yg boleh menyebabkan batu uric stone dan seterusnya gout. 





6. Kurangkan pengambilan garam 

Sodium yg lebih boleh menyebabkan pengunpulan kalsium yg boleh menyebabkan batu karang. Sodium juga meningkatkan paras tekanan darah jadi mereka yg mengalami CKD perlu mengurangkan pengambilan garam atau sodium. 





7.Minum air masak  yg lebih 


Minum air yg lebih adlh penting kerana air membantu ginjal utk membuang toksin serta mengurankan infeksi serta batu karang. Anda tidak peru utk minum dengan banyak sekali gus kerana ini juga merbahaya utk kesihatan anda. Namun, minumlah sedikit2 namun dengan lebih kerap.



8. Kurangkan kafein di dlm diet seharian 

Kafein boleh menyebabkan badan anda kehilangan air dengan banyak. Jadi, apabila ginjal anda akan terpaksa bekerja dengan lebih keras utk membuang sisa2 perkumuhan.




Bagaimana Shaklee Dapat Membantu? 


Shaklee menawarkan SET DIABETES yg berikut bagi membantu mereka yg menghidapi diabetes utk mengawal diabetes mereka. Ia juga sesuai bagi mereka yg ingin mencegah diabetes. :)




TESTIMONI SAKIT BUAH PINGGANG DENGAN VIVIX




Berminat dengan SET DIABETES di atas? Jom wassap saya utk konsultasi PERCUMA 

017-8421998 (WA)
Emy, Your Friendly Shaklee Distributor

atau 

anda boleh terus membuat pembelian secara online dibawah.:)



No comments:

Post a Comment