Wednesday 8 June 2016

A Tribute to a Legend



Assalamualaikum semua..

Apa khabar all my readers..terima kasih sebab sudi berkunjung ke blog emy..hari ni emy terpanggil nak bercerita sikit mengenai hero saya di dalam dunia sukan..

Emy ni bukanlah jenis yg minat sgt dengan sukan dan personaliti2 famous, sebab saya mmg sgt2 sukar nak suka pada seseorng..tapi jika saya suka saya mmg akan  suka betul2lah..sampai semua video pasai dia saya akan kaji dan akan tengok...dah bunyi  mcm stalker pulak kan..hihi

Emy sebenarnya suka baca mengenai kisah2 kejayaan org yg berjaya sebab ia jugak membantu memberi saya inspirasi dan  motivasi utk berjaya dlm hidup..sebab tulah emy suka baca biografi org2 berjaya..OK siapa yer hero saya ni? 

Siapa lagi kalau bukan Muhammad Ali, the boxing legend..walaupun emy x hidup during his prime years, emy selalu ikut banyak kisah mengenai Muhammad Ali...semua kata2 inspirasi di dalam hidup beliau pun  banyak yg saya tahu dan saya sendiri cuba utk amalkan di dalam kehidupan harian saya..

Anda semua nak tahu x kisah hidup Muhammad Ali, boxing legend yg disayangi ramai ni? Muhammad Ali ni asalnya dilahirkan didalam sebuah keluarga African American, pada zaman di mana African American di Amerika di anggap sebagai 'second class citizens.' Pada zaman tu, jika anda  dilahirkan sebagai black/ berkulit hitam, bagaimana anda berusaha dan berjaya pun di dlm hidup, anda masih tidak akan mendapat hak2 asasi yg sama seperti mat saleh atau org putih. Ini dikenali sebagai 'white superiority,' di mana mat saleh dah tanam di dlm pemikiran org berkulit hitam yg mereka tidak sehebat dan tidak akan pernah sehebat mat saleh. 

Suatu hari, ayah Muhammad Ali beli sebuah basikal utk Ali sempena hari Krismas (masa ni beliau masih seorng Baptist lagi), dan Ali pun bawalah basikal tu berjalan2. Sekali masa dia pergi beli gula2, basikal barunya dicuri oleh budak2 nakal. Muhammad Ali pun sgtlah sedih. So dia pun pergilah mengadu dekat seorng polis di kawasan perumahan beliau, dan ckp  nak pukul budak yg curi basikal beliau.  

Ali: 'I'm gonna whoop his ass!" Polis tu pun jawab, "If you' re gonna whoop anyone's ass, you better learn how to fight first!" Polis  tu kata pada Ali, kalau awak nak lawan budak tu, awak kenala belajar utk berlawan dulu. Kebetulan pulak, polis ni jugak ad boxing gym dia sendiri yg dia kelolakan dgn rakan dia. Di sinilah Ali mula2 belajar utk berboxing secara profesional dan betul, dan ni merupakan kickstart kepada career beliau di dalam dunia boxing yg sgt cemerlang. 

Tapi apa yg sgt menarik mengenai Muhammad Ali ni bukan  shj career beliau yg cemerlang, tapi jugak personality beliau yg sgt yakin diri. Ali sedar yg org2 kulit putih dah banyak menyebabkan org2 kulit hitam ni rasa sgt2 rendah diri dengan diri mereka sendiri, jadi pada zaman di mana org kulit hitam ni x berani nak boast and brag about themselves, Ali pulak akan keluar  dengan kata2 mcm 'I'm the greatest! 'I'm young, fast, I'm pretty and can't possibly be beaten!'..hihi..Anda rasala kan..pada zaman di mana ramai x berani nak buat mcm ni..Ali ni berani x? mestilah beranikan sebab sgt asing pd zaman tu utk org2 kulit hitam buat mcm ni..

Suatu hari selepas Ali menang boxing kategori heavyweight di Olympic, beliau pun nak pergi makan2 di downtown yg merupakan tempat2 mat saleh shj makan dan bersosial. Pada pendapat Ali time tu, beliau adalah seorng pemenang Olympic, so x kan x boleh nak makan kat downtown kot? Sekali semasa Ali nak masuk bersama rakan2 beliau, waiter di restaurant tersebut kata, "We don't serve negroes!." Ali pun rasa sgt2 kecewa and selepas tu beliau campak medal Olympic beliau ke dalam Ohio river sebab rasa yg jasa2 beliau pd negara x bermakna pun.. sedangkan beliau nak makan kat downtown pun x boleh..

Selain sebagai seorng civil rights activist, Ali jugak terkenal sebagai seorng humanitarian. Semasa beliau diarah utk pergi ke military induction semasa perang US di Vietnam, Ali tolak arahan ni sebab beliau merasakan ia bertentangan dengan religious belief  dan jugak prinsip beliau. Antara kata2 beliau yg famous adalah "I ain't got no war with them Viet cong- no viet cong ever called me nigger!" Time ni, Ali terpaksa hadapi tuduhan mahkamah tau yg sabit kesalahan boleh kena penjara 5 tahun dan lesen boxing beliau jugak kena tarik. Alhamdulillah, Ali menang di dlm kes tu dan dpt boxing semula.

Namun, 3 tahun beliau x dapat boxing, dan bagi saya ini pengorbanan beliau yg paling besarlah sebab anda tahulah kan, di dalam boxing semakin anda berumur, semakin hilanglah stamina dan kekuatan anda.  Tapi tiada istilah putus asa di dalam kamus  Muhammad Ali. Just like a true champion , Ali still managed to grasp the  heavyweight champion title for 3 times. :)) before battling Parkinson's disease for years to come. :'(

P/S: Dah mcm  boleh tulis biografi penuh dah ni..kikiki..Well, this shows that I'm a true fan...Rest in peace my hero, Muhammad Ali.




 Emy dan Muhammad Ali di Madamme Tussaud di New York. X dpt yg real yg replica pun jadilah..Ok i look like a midget next to him..:'(


Antara quote dari Muhammad Ali yg emy suka dan  try utk amal dlm kehidupan..:)








Isn't he just gorgeous? haha..


No comments:

Post a Comment